Sesebuah teks ucapan yang diucapkan oleh seseorang tokoh memerlukan ayat-ayat yang gramatis untuk diucapkan kepada khalayak. Pengucap perlu mengungkapkan kata-kata yang bernas dan idea yang menarik untuk didengarkan oleh khalayak. Khalayak akan terpesona dengan kata-kata dan idea-idea yang dilontarkan dengan baik serta gramatis mampu mengikat hati pendengar untuk mengambail ikhitibar untuk meneruskan aktiviti-aktiviti kerjaya dalam organisasi.

Oleh itu, buku ini mengandungi 25 teks yang dikarang oleh penulis sejak tahun 2014 hingga tahun 2022. Teks-teks ucapan yang disampaikan oleh pemimpin-pemimpin pendidikan dalam ogranisasi pendidikan. Berbagai teks dicipta berdasarkan jenis acara yang dianjurkan oleh pihak organisasi. Kemahiran mengarang teks ucapan bukan mudah kerana mengarang teks memerlukan kebolehan menulis dan mantap dalam penguasaan bahasa Melayu.

Antara teks-teks yang diciptakan ialah :
i. Teks Acara Pemashyuran Pertauliahan Jawatankuasa Pelajar
ii. Teks Acara Majlis Anugerah Pengarah
iii. Teks Dekad Bulan Bahasa
iv. Teks Perasmian Bengkel Pengukuhan Syair Dan Puisi Tradisional
v. Teks Majlis-Majlis Rasmi

Buku ini amat sesuai dan relevan untuk pelajar-pelajar sekolah, siswa-siswa IPTA dan IPTS serta guru-guru sekolah rendah dan menengah. Selain itu buku ini amat membantu siapa sahaja yang diamanahkan untuk mengarang teks untuk majlis-majlis rasmi yang dihadir oleh pemimpin-pemimpin tertentu

Facebook
Twitter
Email
Scroll to Top