NLP Untuk Pelajar

Buku terbitan NLP Malaysia.  Size buku ini amat berbeza dari segi size buku-buku lain yang pernah kami hasilkan untuk client kami.

Size tutup buku ini adalah 21.5 cm x 21.5 cm

Apa yang ada dalam buku ini…?

Soalan Harian Pada Diri?

Soalan adalah peledak kepada bagaimana anda dapat berfikir dengan lebih baik. Buku ini mengandungi 90 soalan secara khusus yang diletakkan berselang-seli pada setiap muka surat sebelah kanan. Saya amat galakkan anda untuk menjawab soalan ini satu demi satu. Jika boleh, buatlah satu soalan setiap hari.

Ada beberapa soalan yang akan menjadi lebih utama kepada anda. Soalan-soalan yang penting ini eloklah dilihat dan diteliti kembali dengan lebih kerap. Jika boleh, baca dan terapkan soalan-soalan ini setiap hari supaya ia dapat menyerap dan berlabuh dalam diri anda. Ada pula ilham jawapan kepada sesuatu soalan datang kemudiannya. Jadi, anda bolehlah tambah jawapan kepada soalan tersebut. Kebanyakan soalan yang diberikan di sini boleh digunakan sepanjang hayat, bukan setakat waktu persekolahan sekarang sahaja.

 

Facebook
Twitter
Email

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top