Panduan Keibubapaan dengan NLP

Zaman ini, bukan zaman ibu bapa kita dahulu. Dulu anak-anak bermain lumpur, jatuh bangun di padang, menangis sekejap dan terus bangkit.
Bagaimana dengan sekarang?
Dunia anak-anak kita dipenuhi skrin, suara digital, tekanan tak nampak, dan bebanan emosi yang tidak terungkap. Anak-anak yang tenang, tiba-tiba melenting. Yang ceria, tiba-tiba termenung. Berapa banyak kes mental melibatkan anak-anak hari ini?
Ibu bapa pula keletihan. Bukan sebab tidak sayang, tapi kerana terlalu banyak perkara perlu diuruskan dalam satu masa. Dan dalam kelelahan itu, ramai mula bertanya, “Kenapa anak aku makin susah dikawal?”, “Apa lagi yang aku belum buat?” atau yang lebih berat… “Adakah aku seorang ibu bapa yang gagal?”

 

nantikan kemunculan buku ini di bawah terbitan ANLP Malaysia.

Facebook
Twitter
Email
Scroll to Top